Khamis, 24 Februari 2011

TEKNIK ASAS PENYELENGGARAAN KOMPUTER

Penyelenggaraan komputer samada komputer peribadi atau komputer riba perlu dilakukan secara berkala dan tetap bagi memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan baik dan lancar. Ramai di antara kita yang mengambil ringan perkara ini mungkin disebabkan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan takut berlaku kerosakan atau kehilangan data. Berikut sedikit ringkasan untuk bagaimana melakukan penyelenggaraan komputer anda. Selamat mencuba!

Bersihkan hard disk
* Klik Start > Programs > Accessories > System Tools > Disk CleanUp
* Pilih mana-mana item yang anda hendak bersihkan dari hard disk
Dengan cara ini ruang kosong hard disk akan bertambah.

Bersihkan Internet Temporary Files
Internet Explorer; IE
* Buka IE
* Klik Tools>Internet Options>Delete History

FireFox
* Buka FireFox
* Tools>Option>Privacy> Clear Now

Defrag Hard Disk
* Start > All Program > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter

Tujuan Defragment adalah supaya komputer menyusun kembali fail-fail yang telah dan belum digunakan supaya mudah dicapai apabila diperlukan. Operasi defragment akan mengambil masa kepada saiz dan peratus hard disk yang telah digunakan.

Peringatan :
Jika sekiranya semasa anda melakukan penyelenggaraan, terdapat virus dan seumpamanya, bersihkan dulu.

Tiada ulasan: