Ahli

18 Ogos, 2010 Rabu

Syarat-Syarat Menjadi Ahli
Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran (ppkt)
  1. Berumur 18 tahun ke atas.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Bermastautin dalam kawasan pengendalian ppkt.
  4. Mengambil bahagian dalam pengeluaran pertanian/ternakan atau;
  5. Mendapat pendapatan daripada aktiviti pertanian/ternakan atau;
  6. Menguasai mana-mana daripada faktor-faktor pertanian dan ternakan. 
Proses Untuk Menjadi Ahli PPK
  • Mengunjungi PPK di kawasan anda
  • Mendapatkan borang permohonan menjadi ahli
  • Mengisi borang
  • Mengemukakan borang kepada PPK
  • Setiap permohonan hendaklah disertakan bayaran masuk dan saham sebagaimana ditetapkan mengikut Perlembagaan PPK
  • Pertimbangan dan kelulusan Jemaah Pengarah PPK
  • Sijil atau kad keahlian dikeluarkan
  • Ahli boleh menikmati haknya sebagai ahli
  • Jika sesuatu permohonan ditolak, pemohon bolehlah membuat rayuan kepada Pendaftar dalam masa 14 hari.  Pendaftar akan membuat pertimbangan samada menerima atau menolak
  • Sekiranya rayuan ditolak segala pembayaran akan dikembalikan semula.

[Muat Turun Borang](pdf, 39.5 KB)