Rabu, 1 September 2010

NILAI MEMBIMBING (KONTEKS MENTOR-MENTEE)

Berikut adalah tip-tip bimbingan yang perlu pada diri seseorang :

Komitmen Penglibatan Peribadi.
~Bimbingan berjaya dilakukan apabila ia ditawarkan secara bebas daripada keprihatinan yang ikhlas.

Masa yang digunakan untuk bimbingan
~Amat baik dilakukan pada situasi tidak formal (menghabiskan masa bersama waktu lapang atau rehat)

Mudah didatangi
~Wujudkan sikap bertanggungjawab melaksanakan tugas. Jika anda sibuk datang ketika lapang kepada mentor.

Sikap
~Mentor yang terbaik adalah tidak berat sebelah, tidak dipengaruhi prasangka, dan sabar. Teruskan memberi galakan dan perhatian setiap masa (sepatutnya mantee adalah pembuat keputusan, mentor hanya memberi nasihat)

Model peranan
~Mentor yang baik adalah seorang yang cekap, teratur berpengalaman, positif dan memperakui individu lain, dalam bidang mereka untuk membimbing seseorang yang lebih muda. Jika anda tidak bagus dalam isu yang memohon nasihat, jangan berikan nasihat, arahkan mentee anda supaya bertanyakan kepada seseorang yang lebih tahu membantunya. Anda tidak perlu menjadi seorang yang serba tahu untuk menjadi seorang mentor.

Saling menghormati.
~Elemen ini adalah penting kepada sebuah hubungan yang baik. Mentor seharusnya seorang yang lembut tidak terlalu kasar, atau tidak terlalu meminta atau suka bercakap besar. Mentee sepatutnya menghormati mentor mereka dan pengalaman mentor yang ada. Selain cekap dalam beberapa bidang, mentee tidak sepatutnya menunjuk-nunjuk.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mentor yang sebenar, ia perlu datang dari hati anda dan ikhlas memberi bantuan. Anda hendaklah arif tentang bidang yang anda menjadi mentor. Jika anda mahu seseorang menghormati anda, berusaha dengan gigih.

Tiada ulasan: