Jumaat, 31 Disember 2010

Ucapan Tahniah Dato' Ketua Pengarah

Ucapan Tahniah kepada Ketua Pengarah LPP di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang

Kami Ahli Jemaah Pengarah dan Kakitangan Pengurusan di Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran merakamkan ucapan tahniah kepada


Tuan Haji Arpan Shah Bin Satu

Ketua Pengarah

Lembaga Pertubuhan Peladang


Diatas pengurniaan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Dimulia - Peringkat Kedua (D.S.AP) dengan membawa gelaran Dato'. Semoga YH Dato' sentiasa mendapat kebahagiaan dan keberkatan dengan menerajui organisasi Pertubuhan Peladang ke arah kecemerlangan di bawah kepimpinan YH Dato'.

Khamis, 9 Disember 2010

Rabu, 1 September 2010

NILAI MEMBIMBING (KONTEKS MENTOR-MENTEE)

Berikut adalah tip-tip bimbingan yang perlu pada diri seseorang :

Komitmen Penglibatan Peribadi.
~Bimbingan berjaya dilakukan apabila ia ditawarkan secara bebas daripada keprihatinan yang ikhlas.

Masa yang digunakan untuk bimbingan
~Amat baik dilakukan pada situasi tidak formal (menghabiskan masa bersama waktu lapang atau rehat)

Mudah didatangi
~Wujudkan sikap bertanggungjawab melaksanakan tugas. Jika anda sibuk datang ketika lapang kepada mentor.

Sikap
~Mentor yang terbaik adalah tidak berat sebelah, tidak dipengaruhi prasangka, dan sabar. Teruskan memberi galakan dan perhatian setiap masa (sepatutnya mantee adalah pembuat keputusan, mentor hanya memberi nasihat)

Model peranan
~Mentor yang baik adalah seorang yang cekap, teratur berpengalaman, positif dan memperakui individu lain, dalam bidang mereka untuk membimbing seseorang yang lebih muda. Jika anda tidak bagus dalam isu yang memohon nasihat, jangan berikan nasihat, arahkan mentee anda supaya bertanyakan kepada seseorang yang lebih tahu membantunya. Anda tidak perlu menjadi seorang yang serba tahu untuk menjadi seorang mentor.

Saling menghormati.
~Elemen ini adalah penting kepada sebuah hubungan yang baik. Mentor seharusnya seorang yang lembut tidak terlalu kasar, atau tidak terlalu meminta atau suka bercakap besar. Mentee sepatutnya menghormati mentor mereka dan pengalaman mentor yang ada. Selain cekap dalam beberapa bidang, mentee tidak sepatutnya menunjuk-nunjuk.


Kesimpulannya, untuk menjadi seorang mentor yang sebenar, ia perlu datang dari hati anda dan ikhlas memberi bantuan. Anda hendaklah arif tentang bidang yang anda menjadi mentor. Jika anda mahu seseorang menghormati anda, berusaha dengan gigih.

Jumaat, 20 Ogos 2010

EKONOMI MALAYSIA

Ringgit tertinggi 13 tahun

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ringgit hari ini melonjak ke paras tertinggi sejak 13 tahun lalusebagai reaksi serta merta kepada tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan ringgit digunakan dalam urus niaga perdagangan di seberang laut.

Mata wang tempatan itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ditutup pada paras RM3.1330 selepas menyaksikan prestasi paling kukuh pada RM3.1270 pada awal dagangan pagi ini.

Kali terakhir ringgit berada di kedudukan paling kukuh ialah RM3.1260 pada Oktober 1997.

Setakat ini, mata wang tempatan itu berjaya mengukuh sebanyak 9.3 peratus berbanding dolarpada tahun ini, sekali gus menjadi mata wang yang paling diniagakan dan berprestasi terbaikdi Asia. AS

Para penganalisis tempatan menyifatkan langkah yang diambil oleh bank pusat sebagai tepatdan kena pada masanya, dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang pantas dicapaioleh Malaysia dan selari dengan selari dengan pertumbuhan negara-negara serantau.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazzary Rosli berkata, perubahan dalam peraturanliberalisasi telah meningkatkan minat yang tinggi terhadap ringgit.

Ini kerana, mulai sekarang para pengeksport dan pengimport dibenarkan menggunakan ringgit dalam transaksi urus niaga mereka.

''Pengimport dan pengeksport lebih berminat menggunakan ringgit kerana ia akan membantumengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan mata wang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, BNM ketika mengumumkan langkah liberalisasi yang seterusnya melibatkan matawang tempatan, membenarkan rakyat menggunakan ringgit untuk penyelesaian perdagangan diperingkat antarabangsa untuk barangan dan juga perkhidmatan dengan bukan pemastautin, selain menggunakan mata wang asing.

Bank Pusat itu juga membenarkan syarikat tempatan membuat pinjaman dalam mata wangasing daripada syarikat bukan bank asing yang berkaitan, selain mendapatkan peminjamandaripada syarikat induk bukan bank asing.

Pada masa yang sama, had perlindungan nilai jangkaan transaksi akaun semasa dengan bank tempatan berlesen juga dimansuhkan bagi memudahkan pengurusan risiko lebih efektif olehrakyat tempatan.

Sementara itu, seorang penganalisis lain, Pong Teng Siew berkata, kelonggaran peraturan ituakan mengurangkan kebergantungan mata wang dolar dalam aktiviti perdagangan.

''Perubahan ini baik kerana krisis ekonomi telah membuktikan kebergantungan kepada matawang AS boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi global,'' kata beliau.

Teng Siew berpendapat, ringgit dijangka mencecah paras yang lebih baik sebelum akhir tahunini, sejajar dengan pemulihan kukuh ekonomi negara.

Bagaimanapun, negara tidak boleh sekadar bergantung kepada pemulihan ekonomi global sebaliknya kadar faedah juga perlu ditingkatkan supaya nilai mata wang negara terusmeningkat, kata beliau.

Ketua Ekonomi RAM, Dr. Yeah Kim Leng pula berkata, pertumbuhan pantas ekonomi dijangkamengukuhkan lagi kedudukan ringgit kepada paras RM3.00 menjelang bulan depan.

Andaian itu dibuat dengan mengambil kira prestasi negara-negara maju yang masih lembap, sekali gus memberi kelebihan kepada ringgit.

''Peningkatan nilai ringgit akan memberi kesan kepada fundamental kerana kuasa membeli dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat,'' tambah beliau.


Khamis, 19 Ogos 2010

Pengedaran SBPKP

Makluman kepada semua petani;

Adalah dimaklumkan pengedaran baja sedang rancak dijalankan, sila datang ke pejabat ppkt atau hubungi pegawai berkenaan :

Cik Norlela Sinyor
Pembantu SBPKP
Telefon : 019-5335025

atau;

Encik Guliga Bin Engking
Pengurus Perniagaantani
Aktiviti SBPKP
Telefon : 019-8014504

Segeralah anda berkunjung ke pejabat ini sementara stok baja masih ada.

Terima kasih

(*_*)

Rabu, 11 Ogos 2010

Ramadhan

Assalammualaikum w.b.t. dan salam satu Malaysia;

Kepada semua umat islam walau di mana juga anda berada, pengurusan ppkt mengucapkan ;

"SELAMAT BERPUASA DAN MEMBAYAR KEWAJIPAN BERZAKAT"

Semoga anda kekal cantik, lawa, cergas dan sihat di bulan yang mulia ini.

Pesanan : jangan puasa iyuk-iyuk, siang malam buka periuk.

(>_<)

Jumaat, 16 Julai 2010

MAT Kali Ke-32

Salam Satu Malaysia;

Hari ini sempena mesyuarat agung tahunan ppkt kali ke-32 tahun 2010 yang sedang berlangsung di dewan belia Tamparuli, Sabah. Berikut adalah atucara majlis perasmian yang dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Yang Bahagia Dato' Haji Zainal Dahalan:

8.00 pg
Pendaftaran para perwakilan

8.30 pg
Ketibaan ketua-ketua jabatan dan para jemputan vvip

9.00 pg
Ketibaan Y.Bhg. Encik Fairuz Bandar - Pengerusi AJP ppkt

9.05 pg
Ketibaan Y.Bhg. Tuan Hj. Md. Zahari Bin Abdullah - Pengarah LPP Sabah

9.10 pg
Ketibaan Y.Bhg. Haji Zainal Bin Dahalan - Pengerusi LPP Malaysia

9.15 pg
Bacaan doa
Ucapan aluan pengerusi AJP ppkt
Ucapan perasmi
Penyampaian anugerah dan cenderakenangan

11.00 pg
Jamuan ringan

11.30 pg
Kursus penanaman cendawan

1.00 ptg
Makan tengahari

2.00 ptg
Mesyuarat Agung tahunan dijalankan

Bersurai.


(*_*)

Jumaat, 11 Jun 2010

Tamat L.I

Pada hari ini, pelajar praktikal menamatkan latihan industri (L.I) dengan jayanya. Maka masing-masing berjauhan dan admin mendoakan semoga pelajar maju jaya dalam bidang yang diceburi.


Rabu, 24 Mac 2010

CABARAN TAHUN 2010

Salam 1 Malaysia Semua

pada awal tahun ini, ppkt menerima 6 orang pelajar praktikal dari politeknik kota kinabalu. 3 orang pelajar jurusan peringkat sijil dan 3 orang yang lain peringkat diploma. mereka terdiri daripada pelajar perempuan. nampaknya kemeriahan ppkt bermula lagi dengan bantuan dari mereka.

pada akhir 2009 ppkt menyertai pesta 1 Malaysia yang diadakan di pekan tuaran dan memengani pertandingan khemah tercantik di tempat ke-2. apapun gm gembira dengan pencapaian ini.

tahun ini, adalah tahun pemilihan semula pucuk pimpinan ahli lembaga pengarah ppkt, semoga mesyuarat-mesyuarat unit dapat berjalan dengan lancar dan baik. semoga siapapun ajp ppkt yang di pilih pada tahun ini mendapat sokongan padu dari masyarakat atau penduduk bawahan.

(>_<)