Isnin, 21 Disember 2009

Nostalgia 2009

Salam tahun baru Hijrah 1431 dan Salam 1 Malaysia,

ppkt sedang dalam proses menyiapkan tugas dan target bagi tahun kewangan 2009. Beberapa hari lagi akan menjelang tahun 2010. Tugas dan tanggungjawab semakin mencabar kewibawaan. Mampukah kami pihak pengurusan ppkt menggalasnya tahun 2010. saya percaya dengan perubahan pengurusan yang baru bermula pada awal tahun 2009, menjadikan ppkt seperti anak yang baru belajar dengan suasana baru.

selangkah kita bersama ke hadapan.

semoga sinar 2010 memberi intipati yang berbeza dari tahun ini. Semoga apa yang dicadangkan dapat dilaksanakan mengikut pelan rancangan perkhidmatan dan belanjawan.

Bersama-sama kita ke arah "teguran audit sifar 2010", Insya'Allah. Pastikan juga kita mampu menunjukkan komitmen yang lebih jitu dan telus dalam menjalankan tugas, tak kira kita siapa sama ada pp atau lpp.

saya percaya anda boleh!

buktikan bersama-sama.

trimas!


Tiada ulasan: