Selasa, 28 Jun 2011

Kursus Ternakan Itik Penelor

Kursus ternakan itik penelor di bawah program KPI Menteri

Tarikh : 28 Jun 2011
Masa : 7.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan PPK Tuaran
Anjuran : PPK Tuaran
Penceramah : Encik Saharun Abu Nawas
Pengurus Besar
PPK Pitas.

Tentatif Kursus :
7.30 - 8.00 Pagi - Ketibaan dan Pendaftaran Peserta
8.00 - 8.30 Pagi - Taklimat Ringkas dan Suaikenal
8.30 - 9.30 Pagi - Pengenalan Projek
9.30 - 10.00 Pagi - Minum Pagi
10.00 - 11.00 Pagi - Motivasi Kerjaya
11.00 - 12.00 T/hari - Kaedah Asas Penternakan dan Penjagaan Itik Penelor
12.00 - 1.30 Petang - Makan tengahari dan rehat
1.30 - 2.00 petang - Kaedah Asas Pengawalan Penyakit
2.00 - 3.00 petang - Proses Mengasinkan Telor dan Latihan Praktikal
3.00 - 4.00 petang - Perasmian Penutupan dan Penyerahan Sijil
4.00 - 5.00 petang - Minum petang dan bersurai



Peserta sedang khusyuk mendengar penerangan penceramah



Penyampaian sijil penyertaan oleh penceramah kepada
puan mariana salah seorang peserta kursus



Peserta mengambil gambar kenang-kenangan bersama
penceramah (baju putih) dan pengurus besar (baju kuning)


Ahad, 26 Jun 2011

Pengurus Korporat


Selamat berjaya kepada pengurus korporat ppkt yang lama iaitu:

Mohd Hamzin Abdul Majid

Beliau telah bertukar ke LPP Negeri Perak, tempat kekosongan beliau digantikan oleh Pengurus Korporat yang baru bermula 26 Jun 2011 iaitu:

Setiah Binti Dusun

Kepada semua ahli-ahli ppkt diperkenalkan pengurus korporat untuk mempermudahkan segala urusan antara dua pihak.

Selasa, 21 Jun 2011

Mesyuarat Agung Tahunan

Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia;

ppkt akan dijangka mengadakan mesyuarat agung tahunan pada 27 Julai 2011. pada tahun ini tidak ada pemilihan ahli jemaah pengarah.

semoga perjalanan mesyuarat agung tahunan tahun ini berjalan dengan baik dan lancar.

tidak lupa juga diucapkan tahniah naik gred jawatan kepada pengurus korporat iaitu:

Mohd Hamzin Abdul Majid

Beliau akan berpindah ke Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Perak sedikit waktu lagi.

Pihak pengurusan mengucapkan semoga berjaya dan dapat menyesuaikan diri di tempat baru.

Wish you all the best.

sekian.

Isnin, 20 Jun 2011

Tema MAHA I & HPPNK

Tema Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan
Tarikh hari peladang pada setiap tahun adalah sempena pelancaran gerakan pembaharuan program pembangunan masyarakat desa di Dungun, Terengganu pada 6hb Ogos 1972. Mulai 1983 ia ditukar kepada Hari Peladang dan Nelayan dan semenjak tahun 1988 ia diisytiharkan sebagai Hari Peladang, Pentarnak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), begitupun pada tahun 2010 sekali lagi tema ini berubah kepada Tema MAHA International & Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan.

Tema
1975 - Perpaduan Peladang-Peladang Penting Kepada Kestabilan Negara
1976 - Tenaga Peladang Tulang Belakang Negara
1977 - Bersatu Dalam Ko-Peladang
1978 - -
1979 - Geraktani Perpaduan Tani, Geraktani Nadi Petani, Geraktani Untuk Petani
1980 - Mewujudkan Masyarakat Tani Yang Bersatu dan Berdisiplin Menerusi Gerakan Koperasi Peladang
1981 - Peladang Progresif Asas Permodenan Pertanian
1982 - Peladang Nafas Negara
1983 - Peladang dan Nelayan Nafas Negara
1984 - Peladang dan Nelayan Nafas Negara
1985 - Bersama Ke Arah Meningkatkan Pengeluaran
1986 - Tingkatkan Pengeluaran Melalui Teknologi
1987 - Bangsa Tegas, Negara Teguh, Pertanian Maju, Negara Berjaya
1988 - Bersatu Menjayakan Dasar Pertanian Negara
1989 - Bersatu Meningkatkan Penggunaan Teknologi Pertanian
1990 - Jihad Membasmi Kemiskinan
1991 - Revolusi Makanan dan Pertanian Menjelang Tahun 2020
1992 - Wawasan Majukan Pertanian
1993 - Dasar Pertanian Negara Menuju Wawasan 2020
1994 - Peladang - Penternak dan Nelayan Adalah Pengeluar dan Pengguna
1995 - Pengeluaran Tinggi dan Bermutu Ke Arah Kesejahteraan
1996 - Bersama Meningkatkan Hasil Dan Mutu Makanan
1997 - Bersama Meningkatkan Hasil Pertanian Serta Membendung Inflasi
1998 - Bersama Meningkatkan Hasil Makanan Negara
1999 - Pertanian Menuju Alaf Baru
2000 - Ke Arah Industri Pertanian Berdaya Saing
2001 - Pertanian Moden Membina Negara
2002 - Transformasi Pertanian Berdaya Saing
2003 - Usahatani Moden - Berteknologi, Berjaya
2004 - Teknologi - Peneraju Pertanian Komersial
2005 - Pertanian Suatu Perniagaan
2006 - Pertanian Adalah Perniagaan
2007 - Pertanian Adalah Perniagaan
2008 - Pertanian Adalah Perniagaan
2009 - Pertanian Menjana Ekonomi Negara
2010 - Inovasi Pertanian Pemangkin Pembangunan


Khamis, 9 Jun 2011

Audit Pengurusan

Terima kasih kepada :

Tuan Haji Ramli Salikan
Timbalan Ketua Pengarah Operasi
LPP Malaysia

Puan Razana Gazali
Pengarah Audit
LPP Malaysia

Puan Anita Misuari
Pengarah
LPP Sabah

Pengarah-Pengarah LPP Malaysia,
Ketua-Ketua Cawangan LPP Sabah,
Para Auditor LPP Malaysia,

Pengurus-Pengurus Besar,
Anggota LPP PPK Tuaran dan PPK Beaufort

Pihak pengurusan PPKT mengucapkan terima kasih di atas segala komen auditor, komen-komen tersebut akan diambil secara positif oleh pihak PPKT. Semoga dengan teguran yang diberikan menjadikan PPKT sebuah pergerakan Pertubuhan Peladang yang semakin efisien dan telus dalam mematuhi segala Undang-Undang, Akta, dan Peraturan yang telah ditetapkan.

Tarikh : 09.06.2011
Masa : 09.00 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan, LPP Sabah.