Rabu, 23 Mac 2011
Pengarah Baru
Puan Anita Binti Misuari
Sebagai Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sabah yang baru.
Daripada;
Ahli Jemaah Pengarah dan Anggota Pentadbiran
Pertubuhan Peladang Kawasan Tuaran.
Rabu, 16 Mac 2011
SISTEM OF RICE INTENSIFICATION (SRI)
Isnin, 14 Mac 2011
KURSUS SRI
TEMPAT : BILIK GERAKAN, PPK TUARAN
MASA : 8.30 PAGI - 5.00 PETANG
PADA : 15-17 MAC 2011
ANJURAN BERSAMA
PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN TUARAN dan
MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN PARLIMEN P170 TUARAN
DENGAN KERJASAMA
PEJABAT AHLI PARLIMEN P170 TUARAN
DILAKSANAKAN OLEH
AGRO ECOLOGIC SDN.BHD. (919137A)
P.O.BOX A286, INANAM
88857 KOTA KINABALU, SABAH
Jumaat, 11 Mac 2011
HARI WANITA ANTARABANGSA
KUALA LUMPUR: Rakyat perlu berbangga kerana Malaysia adalah antara negara yang memberi banyak peluang kepada wanita untuk menyertai pelbagai sektor, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.
Beliau berkata kini 47.3 peratus tenaga kerja di Malaysia terdiri daripada wanita berbanding 30.8 peratus pada 2000.
“Kerajaan berharap menjelang 2015 jumlah itu akan mening- kat kepada 55 peratus,” kata Najib dalam blognya, 1Malaysia.
Ulang tahun ke-100 Hari Wanita Antarabangsa disambut pada tahun ini. Bagi memperingati pengiktirafan global terhadap hak sama rata wanita sejak seabad lepas, Pertubuhan Bangsa Bersatu memilih “Capaian Sama Rata Terhadap Pendidikan, Latihan dan Sains dan Teknologi: Ke Arah Kerja yang Memuaskan Untuk Wanita” sebagai tema sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini.
Perdana Menteri berkata wanita di Malaysia juga boleh berbangga dengan pelbagai kejayaan yang mereka capai selama ini.
“Tan Sri Dr. Zeti Aziz sering mendapat pengiktirafan kerana peranan beliau sebagai Gabenor Bank Negara. Datuk Nicol David pula menjadi model peranan terkenal kerana pencapaian cemerlang beliau dalam bidang sukan. Penghibur muda Angelica Lee Sinje mempunyai ramai peminat dalam kalangan masyarakat Cina di seluruh dunia bukan saja kerana nyanyian dan lakonannya yang memenangi pelbagai anugerah tetapi juga kerana kerja amal yang dilakukannya.
“Datuk Lim Phaik Gan disanjung tinggi sebagai antara peguam wanita terawal di negara ini. Semasa menerajui pentadbiran negara, Allahyarham bapa saya melantik beliau sebagai Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa Bersatu pada 1971, wanita pertama menyandang jawatan itu. Sumbangan beliau terhadap kemajuan negara begitu banyak sekali,” kata beliau.
Najib berkata setiap tahun, universiti tempatan menerima kemasukan lebih banyak pelajar wanita berbanding beberapa dekad lepas apabila pendidikan merupakan suatu kemewahan yang tidak mampu dinikmati oleh kebanyakan wanita.
Rekod Kementerian Pengajian Tinggi menunjukkan 58.6 peratus pelajar baru yang diterima melanjutakn pelajaran di institusi pengajian tinggi bagi sesi akademik 2010/11 adalah perempuan.
“Malah, ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10, saya menyatakan jumlah pemegang ijazah kelas pertama di institusi ini pada 2008, sebahagian besarnya adalah perempuan iaitu 62.3 peratus,” katanya.
Najib berkata arah aliran ini menunjukkan semakin ramai wanita akan memasuki pasaran tenaga kerja pada tahun-tahun akan datang dan mereka bukan saja memiliki kebolehan untuk menjadi pekerja yang produktif, tetapi juga memiliki potensi untuk menjadi peneraju dalam bidang yang mereka ceburi.
Seperti yang disebutkan oleh William Ross Wallace dalam sajaknya yang begitu terkenal, “tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia,” katanya.
Najib berkata kerajaan telah berusaha keras untuk melaksanakan transformasi sosial yang menjadi kunci kejayaan sesebuah negara.
“Sempena sambutan ini (Hari Wanita Antarabangsa), saya berharap semua rakyat Malaysia mengiktiraf peranan besar wanita dalam hidup anda dan terus memberi galakan serta sokongan agar kita dapat sama-sama menyumbang ke arah kekayaan dan kemakmuran negara,” kata Perdana Menteri.
Dipetik dari sumber : Klik disini